Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Had umur pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 58 tahun.
- Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
- Pemohon adalah disarankan membaca syarat-syarat kelayakan/lantikan dengan teliti sebelum membuat permohonan.
Semua permohonan perlu dibuat secara online di portal myJob@UMT ini dengan mengisi lengkap maklumat yang diperlukan.
- Bagi pemohon yang pertama kali menggunakan sistem ini :
- Sila mendaftar dahulu dengan klik “Daftar Pengguna”.
- Selesai mendaftar, sistem akan menghantar emel pengesahan kepada anda.
- Sila login ke emel anda untuk mengaktifkan pendaftaran.
- Setelah pendaftaran diaktifkan, anda boleh mengisi permohonan secara online. Sila lengkapkan maklumat peribadi, akademik, pengalaman dan lain-lain maklumat mengikut menu yang disediakan.
- Semasa mengisi maklumat atau mengemaskini maklumat, sila pastikan anda menekan butang “Simpan” sebelum ke menu “Seterusnya”.
- Bagi pemohon yang pernah memohon jawatan melalui sistem ini :
- Sila “Login” dengan menggunakan Alamat Emel dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Anda boleh menggunakan maklumat terdahulu untuk memohon jawatan bagi iklan yang baharu. Sila pastikan maklumat adalah terkini dengan mengemaskini maklumat yang telah sedia ada.
Pemohon boleh memohon dua (2) jawatan sahaja dalam satu iklan.
Pemohon boleh mengemaskini maklumat sebelum tarikh tutup iklan. Semasa mengemaskini maklumat, sila pastikan anda menekan butang “Simpan” supaya pengemaskinian dilaksanakan.
Pemohon perlu memastikan maklumat yang diberi adalah benar dan tepat. Sekiranya didapati maklumat adalah palsu atau terdapat cubaan menyembunyikan maklumat benar, maka pihak UMT boleh mengambil sebarang kemungkinan tindakan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa.
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat akan diproses.
Pemohon TIDAK PERLU mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada pihak UMT selepas mengisi permohonan online.
- Pemohonan yang memenuhi syarat kelayakan, melepasi tapisan yang ditetapkan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
- Panggilan temuduga akan dimaklumkan melalui emel/surat yang telah didaftarkan. Pemohon disarankan sentiasa menyemak emel bagi mengetahui status terkini permohonan masing-masing.
- Pemohon-pemohon yang TIDAK MENERIMA SEBARANG JAWAPAN SELEPAS (6) BULAN dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan anda adalah TIDAK BERJAYA.
- Keputusan pemilihan calon oleh Pihak Pengurusan UMT adalah muktamad.
|